Sektor Pendidikan Swasta dan Pendidikan Khas Sektor Pendidikan Swasta dan Pendidikan Khas http://kedah.edu.my/pswastapkhas Sun, 26 May 2013 16:52:58 +0100 FeedCreator 1.7.2 Tinta Utama Ketua Sektor http://kedah.edu.my/pswastapkhas/index.php?option=com_content&task=view&id=16 Assalamualaikum dan salam sejahtera,Saya mengalu-alukan dan mengucapkan selamat datang kepada semua pengunjung Portal Rasmi Sektor Pendidikan Swasta dan Pendidikan Khas, Jabatan Pelajaran Negeri Kedah Darul Aman.Buat pertama kalinya sejak Laman Web Jabatan Pelajaran Negeri Kedah Darul Aman di lancarkan pada tahun 2005, dan sejak sektor ini wujud pada tahun 2007, inilah kali pertama secara rasminya mulai bulan Julai 2008, tuan-tuan dan puan-puan dapat mengunjungi kami secara maya. Adalah diharapkan dengan adanya portal rasmi sektor ini, akan dapat mendekatkan tuan-tuan dan puan-puan kepada kami agar dapat kami membantu mengenai apa juga maklumat dan dapatan yang boleh kami berikan melalui 2 unit kami di sektor ini, samada Unit Pendidikan Swasta ataupun Unit Pendidikan Khas.Hubungan baik dan kerjasama tersebut diharap dapat memperkukuhkan lagi dasar pendidikan swasta dan dasar pendidikan khas, yang berada di bawah pentadbiran Jabatan Pelajaran Negeri Kedah khasnya dan Kementerian Pelajaran Malaysia amnya. Sektor ini mempunyai tanggungjawab untuk sama-sama mempertingkatkan mutu pendidikan dan memacu pendidikan negara, ke arah usaha menjadikan Malaysia sebagai pusat kecemerlangan pendidikan.Sekian terima kasih. Haji Saidin bin Bakar, BCK News - Tinta Utama Ketua Sektor Sun, 29 Jun 2008 15:32:46 +0100